Lobster Air Tawar (LAT)
Kenali Spesies Udang Kara Air Tawar | ||
Merupakan
makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama, sajian udang kara
pasti memikat selera sesiapa saja. Ia mempunyai kandungan kolesterol
yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah, harganya lebih baik
daripada udang galah dan lebih berat timbangannya. Di pasaran, harga
bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Ini menjadikan udang
kara mampu dinikmati harganya yang berpatutan. Itulah spesies udang kara
air tawar atau Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue
lobster dan red claw.
Udang kara air tawar yang berasal dari Australia ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH7 ke. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium. Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara. Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang mana kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain. Bahantara (medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut. Kebanyakan udang kara ini mempunyai berpeluang atau apabila sumber makanan terhad. Karnivorisme selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan). Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian juga menyebabkan udang kara memakan sesama sendiri. Suhu air yang sesuai ialah antara 27 hingga 30 darjah Celsius. Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium. Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium. Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air. Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang. Proses pembiakan berlaku apabila undang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci. Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur. Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat mudah dipelihara dan dikendalikan oleh setiap golongan.
10 Kebaikan memakan Lobster Air Tawar
1. Seekor udang kara (lobster air tawar)yang telah masak mempunyai berat lebih kurang 85grams dimana 3 ounce daging udang kara mengadungi 70 kalori, dengan hanya 9 kalori dari bahagian lemak. 2. Udang kara yang dimasak rebus mengandungi rendah lemak, hanya 1 gram lemak untuk setiap hidangan. Tiada lemak padat (saturated). 3. Udang kara mempunya 14 gram protein dalam satu hidangan (~3 ounces) dan tidak mengandungi karbohidrat. 4. Protein dari udang kara merupakan protein yang berkualiti tinggi yang mempunyai 9 jenis amino acid. 5. Setiap hidangan akan mempunyai 80mg Sodium yang merupakan 3% dari jumlah saranan pengambilan harian. 6. Udang kara juga mempunyai 165mg essential fatty acid omega-3 dan juga 7.65mg omega 6. 7. Udang kara pembekal SELENIUM yang baik, Manganes, Fosforus, Vitamin B12, dan membekal 20% daripada saranan pemakanan harian untuk semua nutrien tersebut. 8. Daging udang kara lebih mudah dihadam berbanding dengan daging lain kerana otot fiber yang pendek. 9. Udang kara yang dimasukkan ke dalam diet kita dapat memnberikan kebaikan kesihatan termasuk perlindungan dari Alzheimers, stroke, cancer, asthma, dan penyakit jantung. 10. Secara keseluruhan, udang kara (rebus) merupakan pembekal protien yang baik. Kadar lemak yang rendah membuatkan ia sesuai untuk para pendiet dan lemak omega 3 dan kandungan nutrien mikro yang banyak dapat memberikan kebaikan kesihatan. |
Cara Menternak
Menternak Lobster (udang kara air tawar) amat mudah sekali. Ini kerana Lobster mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu hidup dalam pelbagai keadaan. Lobster dikatakan boleh hidup dalam air tanpa pam udara selama 1 ~ 3 jam, bergantung kepada kedalaman air.
Lobster boleh diternak/dipelihara dalam beberapa cara:
Sebagai Perhiasan (pemeliharaan didalam akuarium)
Ternakan dalam kolam kanvas
Ternakan dalam kolam simen
Ternakan dalam kolam tanah
Ternakan dalam tangki fiber
Air
Air paip boleh digunakan, tetapi amatlah disarankan untuk menggunakan anti-chlorine untuk menjamin keselamatan lobster kerana kandungan chlorine
dalam air paip tidak menentu. Lobster memerlukan bacaan air sekitar pH
6-8 dimana air hendaklah sentiasa dijaga dengan baik. Menjaga kebersihan
air bukanlah masalah yang besar kepada penternak kerana lobster tidak
mengotorkan air dengan begitu cepat.
Makanan
Lobster amat mudah dijaga. Ia merupakan sejenis haiwan omnivor yang
memakan daging (mungkin memakan sesama sendiri), dan memakan tumbuhan
(sayur-sayuran). Ikan gopi merupakan pilihan utama penternak untuk
makanan Lobster, dengan memelihara mereka didalam satu tangki.
Kos
Kos penternakan amat murah berbanding pulangan yang bakal dihasilkan.
Untuk penternakan dalam kolam fiber, seseorang hanya memerlukan kurang
dari RM1000 untuk set lengkap kolam fiber (4' x 3' x 1.5'), pump air dan
pump udara, berserta berpuluh2 ekor induk lobster.
Penjagaan Baby Lobster
Lobster yang mengandung hendaklah diasingkan ke kawasan yang berlaina.
Kami memilih akuarium kerana lebih mudah bagi kami untuk proses
pengasingan disamping sebagai hiasan tambahan kawasan rumah kami. Baby
Lobster memerlukan lebih kurang 7-10 bulan untuk membesar dan menjadi
induk yang mampu mengawan.
sy berminat nak bela LAT.. boleh tahu lebih detail dari segi kos untuk mula
ReplyDeletePeringkat awal tidak perlulah ternak kuantiti yang besar... Cukup 10 ke 20 pasang sahaja..
ReplyDeleteDimana boleh saya dapatkan induk, sekitar Klang jika boleh.
ReplyDeletedimana.kah.nak.dptkan pelet mknan udang di.malaysia
ReplyDeletesy ada bela...penjagaan sgt mudah....xperlu blanje besar..
ReplyDeleteSila layari laman web kami www.muifatt.com.my untuk maklumat tangki fiber yang sesuai untuk ternakan udang.
ReplyDeleteBgaimana sya boleh membeli induk. Sya tnggal di kawasan utara
ReplyDeleteUntuk kawasan Bangi @ Kajang blh Hubungi sy untuk mendapatkan I duk @ Anak benih. 019 335 3616
ReplyDelete0174740670 jika berminat untuk mendapat set ternak udang kara 2 tangki fibre bersama induk 30 pasang https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=131306314935768&id=100041691999171
ReplyDelete