Saturday, January 24, 2015

Lobster Air Tawar (LAT)

Selamat Datang ke Blog Lobster Hobbist

Lobster Air Tawar (LAT)

 
Spesis Lobster Air Tawar yang diternak ini adalah jenis Red Claw Cherax Quadricarinatus, juga dikenali sebagai udang kara air tawar.Lobstr Air Tawar ini dikatakan berasal dari Queeensland Australia. Terdapat juga beberapa juga spesis yang berasal dari Benua Amerika & Benua Eropah. Kebanyakannya yang diternak di Malaysian dan Indonesia berasal dari Australia.
 
Kelebihan ternak udangkara:
1. Hanya perlukan air tawar. Penggunaan air pun sedikit je dlm. 6 inci.
2. Penggunaan elektrik yang sedikit sahaja.
3. Kos makanan paling murah berbanding ternak air lainnya.
4. Sangat kurang persaingan di pasaran.
5. Penggunaan ruang yang kecil.
6. Tidak perlu beli benih lagi.
7. Ternakan tahan lasak. Boleh berada tanpa air 12 jam.
8. Penyelenggaraan minimum. Tidak menyusahkan.
9. Peneluran yang banyak. Seekor ibu 3-4 kali setahun. Boleh mencapai lebih 500 anak sekali bertelur.
 
Kenali Spesies Udang Kara Air Tawar    
   
Merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama, sajian udang kara pasti memikat selera sesiapa saja. Ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah, harganya lebih baik daripada udang galah dan lebih berat timbangannya. Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Ini menjadikan udang kara mampu dinikmati harganya yang berpatutan. Itulah spesies udang kara air tawar atau Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue lobster dan red claw.

Udang kara air tawar yang berasal dari Australia ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH7 ke. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium. Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara.

Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang mana kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain. Bahantara (medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut. Kebanyakan udang kara ini mempunyai
berpeluang atau apabila sumber makanan terhad. Karnivorisme selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan).

Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian juga menyebabkan udang kara memakan sesama sendiri. Suhu air yang sesuai ialah antara 27 hingga 30 darjah Celsius. Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium. Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium. Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air.

Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang. Proses pembiakan berlaku apabila undang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci. Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur. Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat mudah dipelihara dan dikendalikan oleh setiap golongan.
 
10 Kebaikan memakan Lobster Air Tawar

1. Seekor udang kara (lobster air tawar)yang telah masak mempunyai berat lebih kurang 85grams dimana 3 ounce daging udang kara mengadungi 70 kalori, dengan hanya 9 kalori dari bahagian lemak.

2. Udang kara yang dimasak rebus mengandungi rendah lemak, hanya 1 gram lemak untuk setiap hidangan. Tiada lemak padat (saturated).

3. Udang kara mempunya 14 gram protein dalam satu hidangan (~3 ounces) dan tidak mengandungi karbohidrat.

4. Protein dari udang kara merupakan protein yang berkualiti tinggi yang mempunyai 9 jenis amino acid.

5. Setiap hidangan akan mempunyai 80mg Sodium yang merupakan 3% dari jumlah saranan pengambilan harian.

6. Udang kara juga mempunyai 165mg essential fatty acid omega-3 dan juga 7.65mg omega 6.

7. Udang kara pembekal SELENIUM yang baik, Manganes, Fosforus, Vitamin B12, dan membekal 20% daripada saranan pemakanan harian untuk semua nutrien tersebut.

8. Daging udang kara lebih mudah dihadam berbanding dengan daging lain kerana otot fiber yang pendek.

9. Udang kara yang dimasukkan ke dalam diet kita dapat memnberikan kebaikan kesihatan termasuk perlindungan dari Alzheimers, stroke, cancer, asthma, dan penyakit jantung.

10. Secara keseluruhan, udang kara (rebus) merupakan pembekal protien yang baik. Kadar lemak yang rendah membuatkan ia sesuai untuk para pendiet dan lemak omega 3 dan kandungan nutrien mikro yang banyak dapat memberikan kebaikan kesihatan.

Cara Menternak

Menternak Lobster (udang kara air tawar) amat mudah sekali. Ini kerana Lobster mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu hidup dalam pelbagai keadaan. Lobster dikatakan boleh hidup dalam air tanpa pam udara selama 1 ~ 3 jam, bergantung kepada kedalaman air.
Lobster boleh diternak/dipelihara dalam beberapa cara:

Sebagai Perhiasan (pemeliharaan didalam akuarium)

Ternakan dalam kolam kanvas

Ternakan dalam kolam simen

Ternakan dalam kolam tanah



Ternakan dalam tangki fiber
 
Air
Air paip boleh digunakan, tetapi amatlah disarankan untuk menggunakan anti-chlorine  untuk menjamin keselamatan lobster kerana kandungan chlorine dalam air paip tidak menentu. Lobster memerlukan bacaan air sekitar pH 6-8 dimana air hendaklah sentiasa dijaga dengan baik. Menjaga kebersihan air bukanlah masalah yang besar kepada penternak kerana lobster tidak mengotorkan air dengan begitu cepat. 
Makanan
Lobster amat mudah dijaga. Ia merupakan sejenis haiwan omnivor yang memakan daging (mungkin memakan sesama sendiri), dan memakan tumbuhan (sayur-sayuran). Ikan gopi merupakan pilihan utama penternak untuk makanan Lobster, dengan memelihara mereka didalam satu tangki. 
Kos
Kos penternakan amat murah berbanding pulangan yang bakal dihasilkan. Untuk penternakan dalam kolam fiber, seseorang hanya memerlukan kurang dari RM1000 untuk set lengkap kolam fiber (4' x 3' x 1.5'), pump air dan pump udara, berserta berpuluh2 ekor induk lobster.
Penjagaan Baby Lobster
Lobster yang mengandung hendaklah diasingkan ke kawasan yang berlaina. Kami memilih akuarium kerana lebih mudah bagi kami untuk proses pengasingan disamping sebagai hiasan tambahan kawasan rumah kami. Baby Lobster memerlukan lebih kurang 7-10 bulan untuk membesar dan menjadi induk yang mampu mengawan.